Sunday, September 14, 2008

DATO’ DR MA’AMOR BIN OSMAN



Name : DATO’ DR MA’AMOR BIN OSMAN

Anugerah Yang Diperolehi

2006 - Aungerah Tokoh Pengguna Kebangsaan
2008 - Anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Ma’al Hijrah Selangor


Penglibatan Dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Menjadi Setiausaha Agung (SUA) sejak PPIM ditubuhkan pada 1996. Terlibat secara langsung untuk mengembangkan idea konsumerisme dari perspektif Islam. Gerakan pengguna yang konvensional lebih mementingkan untuk mempertahankan hak pengguna seperti yang dijamin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada pandangan Islam tanggungjawab pengguna adalah aspek yang penting untuk dilaksanakan. Dasar Islam tentang kepenggunaan telah diketengahkan dengan jayanya melalui forum-forum di dalam dan di luar negara. Antara hasil gerakan pengguna Islam (PPIM) adalah :-

Globalmosque .com
Bluemosque Fraternity
Penasihat Research Institute Of Standards In Islam (RISIS)
Talk Show dan Forum pengguna di RTM, TV 3 dan NTV 7.
Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja (Negeri /Kebangsaan)
Penasihat Kelab Pengguna IPTA (USM,UKM,UIAM dan UUM)
Program pendidikan kepenggunaan Islam peringkat Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam
Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) Sesi 2002-2004
Ahli yang dilantik adalah dari kalangan aktivis pengguna, pengilang, pengedar, ahli-ahli akademik dan aktivis lain. Ahli yang dilantik terdiri daripada 16 orang

Antara pencapaian yang dihasilkan melalui majlis ini ialah penggubalan etika Perniagaan Islam, Rukun Niaga Malaysia dan Dasar Pengguna Negara yang diketengahkan oleh PPIM.

Ahli yang dilantik bertanggungjawab terus kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Pada sesi mendatang kita bercadang supaya satu kajian untuk mengujudkan akta Halal - Haram untuk memertabatkan produk -produk yang selari dengan kehendak syariat. Pendekatan ini penting kerana kerajaan bersedia untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Halal Hub’ untuk produk berteraskan makanan, minuman serta pakaian.

Majlis Permuafakatan Konsumen Indonesia Malaysia – 2003
Terlibat dalam merancang, menubuhkan dan membuat aktiviti bersama Lembaga Konsumen Jakarta dan Purwokerto. Melalui jalinan persahabatan ini Lembaga Konsumen telah melantik Dr Ma’amor sebagai Penasihat Kehormat.

Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia ( MAPAN ) - 2003
Menyelaraskan gabungan NGO-NGO untuk program-program bersama. Setakat ini berjaya mengembleng NGO-NGO seperti NUBE, PRESMA, Persatuan Pemandu-pemandu Teksi Bumiputra, PERMIM, Persatuan Pengguna Kuala Lumpur, Persatuan Profesional Melayu dan lain-lain.

Majlis Ekonomi Melayu Malaysia (MEMM) – 2003
Terlibat di dalam penubuhan MEMM yang dipelopori oleh Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan. Dipilih sebagai Naib Presiden MEMM yang secara langsung bertanggungjawab untuk memberikan penerangan dan menjalinkan jaringan antara pengusaha, pengilang dan pengedar Melayu

Kelab Cinta Malaysia (KCM) - 1989
Kelab Cinta Malaysia mempunyai agenda untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia. KCM terlibat dengan kempen kibar bendera, merayakan hari kemerdekaan dengan menghantar kad ucapan, dialog dengan pelajar / pemimpin pelajar IPTA / IPTS dan berbagai lagi mengikut keperluan semasa. Dr Ma’amor adalah Naib Pengerusi KCM.

International Muslim Trade Exhibition & Conference(IMTEC) 1998
Menjadi Pengerusi IMTEC yang pertama pada tahun - 1998. Persidangan ini telah diadakan di Kuala Lumpur dengan disertai oleh peserta seluruh dunia Islam. Hasil dari pertemuan ini mencetuskan idea penubuhan Persatuan Pengguna Islam Sedunia.

Ahli Dewan Perniagaan Islam Malaysia Selangor (DPIMS) – 2001
Terlibat secara aktif di dalam pertubuhan perniagaan murni sejajar dengan syari’at Islam.

Ahli Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) – 2001
Terlibat secara aktif di dalam pertubuhan kebajikan berteraskan bantuan kemanusiaan melalui program perubatan dan kesihatan.

Persatuan Bekas Pelajar S.M. Sains Muzaffar Syah (MOZAC)-1980
Dato’ Dr Ma’amor adalah pelajar sulung Sek. Men. Sains Muzaffar Syah (MOZAC). Beliau terlibat secara langsung di dalam penubuhan Persatuan Bekas Pelajar. Beliau melatih generasi junior untuk memimpin persatuan ini dan masih aktif sebagai Ahli Jawatankuasa.

AJK Persatuan Ibubapa & Guru MOZAC – 2000
Ahli Lembaga Pengarah (Kehormat) Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia – 2007
Ahli Lembaga Majlis Penasihat Teknologi Pengujian Emas dan Logam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia – 20

14.Ahli Lembaga Pengarah Pusat Dialisis Pusat Zakat Wilayah Persekutuan - 2007

15.Ahli Lembaga Penasihat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)-2007 Menyelaras Modul Latihan Kepenggunaan

16.Ahli Kumpulan Penasihat Pakar Dan Kumpulan Perunding Teknikal Majlis Harga Barang Negara (MHBN) - 2008
Penglibatan Dalam Politik

Ketua UMNO Cawangan Taman Tasek Tambahan di dalam Bahagian Ampang Jaya, Selangor. Terlibat secara aktif sebagai motivator untuk kursus kesedaran kepada pemimpin muda UMNO.
Penglibatan Dalam Perniagaan

Klinik Maamor
Terdapat 2 cawangan klinik yang telah memberi peluang pekerjaan kepada 10 orang. Terdapat beberapa orang doktor yang bertugas dengan Klinik Maamor. Klinik Maamor memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan 100 syarikat sebagai doktor panel.

Pengarah Syarikat
Terlibat sebagai Pengarah Syarikat :
2.1 Inno Scientific And Services Sdn Bhd

Penglibatan Sebagai Motivator

Kursus Pra Perkahwinan anjuran JAKIM & KEMENTAH
Kursus Keibubapaan anjuran KEMENTAH
Kursus Motivasi Agama anjuran Biro Tata Negara (BTN), YADIM, UMNO, MARA dan syarikat-syarikat swasta.
Pembentang Kertas Kerja Utama Muzakarah Ulama di Perak, 2002
Pembentang Kertas Kerja anjuran Yayasan Nurul Yaqeen.
Penceramah tetap dengan KPDN & HEP untuk :
Penghulu & Penggawa
Pegawai Kanan Kementerian
Ceramah kepenggunaan peringkat Negeri & Daerah
Penceramah di IPTA seperti USM, UUM, UPM & UIAM.
Tetamu jemputan rancangan-rancangan di RTM, TV3, NTV7, TV9 dan ASTRO.
Tetamu jemputan rancangan-rancangan di radio ikim.fm, nasianol.fm,klasik.fm dan radio24.
Hasil Penulisan / penerbitan / ceramah / taklimat di peringkat negeri / kebangsaan / antarabangsa.

1. Ceramah / Sem inar

Pengurusan Kesihatan Keluarga – Siri JAKIM.
Makanan, Pemakanan dan Piawaian.
Halalkah Makanan Kita.
Pemakanan Membentuk Keperibadian Muslim.
Peranan Pengguna Melonjak Pasaran MLM (Jakarta).
Reformasi Pemikiran & Pendidikan Dunia Muslim (Jakarta).
2. Forum

Perniagaan Secara Islam : Peranan Dan Cabaran Dalam Alaf 21 – Cabaran Perniagaan Islam Dari Perspektif K-Ekonomi.
Isu-isu dan Cabaran Perlaksanaan Etika Dalam Dunia Perniagaan
Pemakaian Akta, Penguatkuasaan dan Hak Pengguna.
Islam Hadhari Sebagai Pemangkin Pemikiran Insan dan Pembangunan Sosial : Sejauhmana Masyarakat Menerimanya.
Halatuju Industri Asas Tani.
Takaful and Re-Takaful –Meeting Customer’s Satisfaction:
Growing Patterns & Needs.
3. Kertas Kerja

Jaminan Keselamatan Barangan Pengguna – Dari Perspektif Islam.
Globalisasi dan Liberalisasi Perdagangan – Kesan Ke Atas Pengguna.

Tanggungjawab dan Hak pengguna Dalam Era Globalisasi Perniagaan.
Faktor Pemakanan Dalam Pembentukan Keluarga Islam Yang Unggul.
Etika Perniagaan Islam.
Asas Etika Perniagaan.
Rukuniaga Negara Malaysia : Menyahut Cabaran Keempat Wawasan 2020.
Perlunya Satu Sistem Piawaian Islam.
Pengguna Berkualiti : Satu Aset Masyarakat.
Penyediaan Makanan Halal – Tanggungjawab Pemerintah Dan Rakyat.
Ekspektasi pengguna Terhadap Peranan Bahagian Penguatkuasa KPDN & HEP.
Tanggungjawab Sosial Korporat.
Mutual Simbiosis
Pengguna Bijak - Emas
Penggunaan Ubat Secara Rasional
Pencegahan Jenayah Bermula Di Rumah - Memantapkan Institusi Keluarga
Penglibatan Swasta Di dalam Perkhidmatan Kesihatan
4. Rencana Kesihatan & Kepenggunaan

Majalah Al-Islam / Wanita / Mingguan Wanita / Dunia Islam / Ibubapa / Ibu / Minda / Keluarga / Nona / Bacaria / Iras / majalah I ( informasi,inovasi, ilmiah, intelek, internasional & islamik ) / Dewan Ekonomi / Buletin Milenia
Akhbar Harian Metro / Berita Harian / Utusan Malaysia / The Mail / NST / KOSM

No comments: